
Masih kita ingat dulu, sekitar tahun 2004 dimana Saudara Lokman Noor Adam (Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan) yang juga MPT Keadilan telah dipecat dari parti gara-gara membongkarkan rahsia penyelewengan Ezam. Rahsia Ezam memunggah segala wang kegunaan parti untuk membesarkan “temboloknya”.
Rahsia dimana Ezam menggunakan kedudukannya untuk membawa masuk banyak wang ke dalam parti melalui akaun peribadinya. Ribuan, malahan jutaan ringgit yang disalurkan telah diselewengkan untuk kepentingan peribadinya. Beliau bermegah-megah membina banglo dan sebagainya dengan wang tersebut sedangkan dalam masa yang sama ada orang terpaksa menderita meringkat dalam tahan ISA dengan keluarganya tidak dibela iaitu Lokman.
Bahkan akaun pemuda Keadilan hanya berbaki lebih kurang RM300 sahaja, sedangkan wang masuk berserta dengan bukti menunjukkan sebaliknya. Ezamlah orang yang bertanggungjawab melakukan penyelewengan itu. Namun perkara ini dipertahankan oleh pucuk pimpinan parti dan apabila Lokman mendedahkan penyelewangan ini, beliau telah dipecat dari parti. Lokman menjadi mangsa hinggalah beliau mencabar Ezam bersumpah di Masjid Negara ketika itu. Apa jawab Ezam .”Lokman dahh tak betul, budak bangang dan tak perlu dilayan”. Sedangkan ketika itu Lokman, bersumpah mengikut Islam dalam sebuah rumah Allah. Soalnya, mengapakah Ezam takut dan tidak berani untuk bersumpah ketika itu kiranya beliau benar?
Ezam, Jawab Sumpah Lokman Dulu, Sebelum Cabar Anwar !!
